PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sahkan mereka tengah siasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri, berhubung satu hantaran media sosial yang dikaitkan dengan isu perkauman.
Teruskan MembacaDalam kenyataan media, MCMC jelaskan hantaran tu mendakwa wanita yang naik ke pentas semasa sambutan Hari Kebangsaan di Perak baru-baru ni adalah berbangsa Cina. Tapi Polis Bukit Aman sendiri sahkan dakwaan tu tak benar, malah boleh timbulkan salah faham dan ketegangan kaum.
MCMC kata, sesi rakaman keterangan ADUN berkenaan dah pun dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 2 September dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kes ni disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) – kalau sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sampai dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
MCMC dalam masa sama ingatkan orang ramai supaya jangan sebar kandungan palsu, lebih-lebih lagi yang ada unsur 3R (raja, kaum, agama), sebab ia boleh kacau keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.
“Pastikan maklumat sahih dulu sebelum kongsi di media sosial,” tegas MCMC.















