KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat panggilan penting kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, petang ini untuk mendesak campur tangan segera bagi membebaskan 23 rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel ketika menyeratai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Teruskan MembacaMenurut Anwar, ini sebahagian daripada usaha diplomatik “all out” kerajaan Malaysia supaya keselamatan aktivis terjamin dan bantuan kemanusiaan ke Gaza tak terus tersekat.
“Kerajaan sedang guna semua saluran diplomatik yang ada. Mereka bukan buat salah, cuma bawa prinsip kemanusiaan, membantu yang lemah, lapar dan sakit, termasuk wanita serta kanak-kanak,” katanya.
Anwar juga dedahkan beliau dah hubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi; dan pihak Arab Saudi untuk dapatkan sokongan serantau.
Penahanan berlaku awal pagi tadi apabila kapal GSF yang membawa bekalan kemanusiaan ke Gaza dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim pula menegaskan misi ni tidak melanggar undang-undang antarabangsa sebab tujuannya jelas, hanya ingin menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang jadi mangsa konflik berterusan.