Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana mendedahkan pengalaman mencemaskan yang dilaluinya ketika ditahan tentera Israel sewaktu menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.
Teruskan MembacaMenurut Zizi, pelbagai kejadian tidak dijangka berlaku, termasuk dipaksa membuka pakaian dan tudung tanpa belas kasihan.
“Masa di imigresen, mereka suruh saya buka stoking dan kasut. Saya kata haram, tapi tetap dipaksa juga,” katanya.
Zizi turut berkongsi bahawa tudungnya ditarik dari belakang ketika dia cuba menolak arahan untuk menanggalkannya. Situasi itu menyebabkan suasana menjadi tegang sehingga rakan-rakan seperjuangan menangis dan menjerit.
Lebih mengejutkan, Zizi mendedahkan bahagian dalam pakaiannya turut digunting selepas pemeriksaan dibuat, dan dia tidak diberikan sebarang pakaian ganti.
“Saya hanya mampu reda dan cuba kuatkan diri. Dalam hati cuma doa semoga Allah lindungi kami semua,” ujarnya.
Tambahnya lagi, walaupun layanan yang diterima sangat menguji, dia tetap berusaha menenangkan diri dan tidak membiarkan rasa takut menguasai emosi.
“Saya nampak ada antara mereka yang senyum sinis, mungkin kenal saya dari media sosial. Tapi saya cuba kekal tenang,” katanya lagi.
Biarpun pengalaman itu pahit untuk dikenang, Zizi tetap bersyukur kerana semuanya sudah berakhir dan berharap agar kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akhirnya mendapat pembelaan sewajarnya.