KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz, baru‑baru ini melancarkan buku kanak‑kanak terbaru bertajuk “Bilal x Mommy Hana”, hasil inspirasi pengalaman mereka mendidik anak sulung, Muhammad Bilal.
Teruskan MembacaBuku ini bukan sekadar cerita biasa, ia gabungkan aktiviti menyeronokkan, pembelajaran bahasa Inggeris, dan pendidikan Islam untuk anak‑anak. PU Riz menjelaskan bahawa buku ini direka untuk anak-anak belajar membaca al-Quran dan mengenal binatang dalam bahasa Inggeris sejak usia muda.
Neelofa pula berkongsi, buku ini dekat dengan hati mereka sebagai ibu bapa:
“Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Kami mahu Bilal belajar dengan kasih sayang, nilai Islam dan aktiviti yang menyeronokkan.”
Majlis pelancaran buku berlangsung di AEON Tebrau, Johor Bahru, dan mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa dan kanak-kanak. Aktiviti menarik termasuk cabutan ayat al-Quran dan hadiah tunai RM15,000, menjadikan suasana lebih meriah.
“Bilal x Mommy Hana” sesuai untuk ibu bapa yang nak anak-anak mereka belajar sambil seronok, selain menanam nilai keagamaan dan sahsiah yang baik. Buku ini kini menjadi tumpuan ramai ibu bapa yang mencari bahan bacaan berkualiti untuk anak-anak.
Kalau anda ada anak kecil, ini memang antara buku yang patut ada di rumah.
















