Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai cuti kelepasan am bagi tahun 2026, yang jatuh pada 1 Februari.
Teruskan MembacaBagi pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, cuti Hari Wilayah adalah wajib diberikan oleh majikan sektor swasta. Ini bermakna korang memang layak untuk bercuti tanpa sebarang bayaran tambahan diganti.
Disebabkan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan perlu memberikan cuti gantian pada Isnin. Sementara itu, bagi majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai salah satu daripada enam hari kelepasan am pilihan, cuti gantian akan diberikan pada Selasa, memandangkan kedua-dua cuti ini bertindih.
Majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai cuti ganti, tertakluk kepada persetujuan pekerja. Selain itu, jika pekerja diarahkan untuk bekerja pada hari kelepasan am, mereka tetap layak menerima bayaran gaji mengikut kadar yang ditetapkan.
Jadi, buat korang yang dah mula plan cuti awal tahun depan, bolehlah susun jadual dengan baik supaya tak terlepas peluang rehat dan ambil kesempatan cuti gantian ni.















