Nama pempengaruh dan usahawan, Sasha Aziz, kembali jadi bualan hangat netizen selepas satu perkongsiannya di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang sokong dan tak kurang juga yang kurang senang.
Teruskan MembacaSemuanya bermula apabila Sasha secara terbuka berkongsi pengalaman menjalani rawatan laser di bahagian intim, dengan niat asal kononnya untuk berkongsi info dan pengalaman peribadi, terutama buat wanita yang sudah bergelar ibu.
Namun siapa sangka, perkongsian itu mengundang kritikan daripada segelintir netizen yang menganggap topik tersebut terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di media sosial. Ada yang menegur, ada yang mengecam, malah ada juga yang mendakwa ia tidak sesuai dengan norma masyarakat.
Tak berdiam diri, Sasha tampil memberi respon secara santai tetapi padu. Katanya, dia hanya berkongsi pengalaman sendiri tanpa niat mempengaruhi sesiapa, apatah lagi memaksa orang lain ikut jejak langkahnya.
Menurut Sasha, rawatan itu dibuat atas pilihan peribadi selepas melalui beberapa fasa kehidupan termasuk melahirkan anak, dan dia merasakan tiada salahnya untuk bercakap secara terbuka tentang penjagaan diri.
Namun, melihat reaksi yang diterima, Sasha akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi hal-hal terlalu peribadi di media sosial.

“Tak apa lah, lepas ni biar aku je cantik sorang,” katanya berseloroh, namun jelas membawa maksud dia sudah serik untuk terlalu terbuka.
Isu ini sekali lagi membuktikan bahawa perkongsian di media sosial, walaupun bersifat peribadi, tetap terdedah kepada pelbagai tafsiran. Ada yang melihatnya sebagai keberanian, ada pula menganggap ia melampaui batas.
Apa pun, Sasha kekal dengan pendiriannya, hidup ini soal pilihan masing-masing, dan tak semua perkara perlu dipersetujui oleh semua orang.
















