Pelawak terkenal, Shuib atau Shahmira Muhamad, baru-baru ini mengaku bersalah kerana mempromosikan produk vape dalam satu podcast YouTube yang dimuat naik dua tahun lalu. Kesalahan itu mengakibatkan Shuib didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.
Teruskan MembacaMenurut mahkamah, sekiranya denda itu tidak dijelaskan, Shuib berdepan hukuman penjara selama setahun. Tindakan promosi seperti ini melanggar Seksyen 9(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, kerana dianggap boleh menggalakkan penggunaan produk merokok dalam kalangan orang ramai.
Podcast yang menjadi isu dimuat naik pada 22 Oktober 2024, jam 4.26 petang, dan telah dipantau oleh Kementerian Kesihatan melalui Sektor Inspektorat dan Perundangan Kesihatan Awam.
Berita ini mendapat perhatian netizen, dengan pelbagai reaksi termasuk simpati dan juga teguran agar lebih berhati-hati di masa hadapan.
















