Usahawan terkenal, Christy Ng sekali lagi mencuri perhatian bila berkongsi rancangannya untuk menyambut Ramadan tahun ini dengan cara yang lebih bermakna.
Kalau sebelum ini dia pernah berkongsi pengalaman berpuasa, kali ini Christy nampaknya lebih bersedia. Malah, dia mengakui pernah tersilap strategi masa sahur dulu, hanya makan mi segera dan akhirnya cepat rasa haus sepanjang hari. Dari situ, dia belajar bahawa pemilihan makanan sahur memang penting kalau nak kekal bertenaga sampai waktu berbuka.
Teruskan MembacaMenariknya, Ramadan kali ini bukan sekadar tentang dirinya sahaja. Christy bercadang untuk menyediakan makanan sahur dan berbuka khas buat pekerja-pekerjanya di pejabat. Katanya, ramai staf yang bekerja awal pagi, jadi dia mahu pastikan kebajikan mereka terjaga dan mereka tidak perlu pening fikir soal makan.
Antara menu yang dirancang termasuk nasi lemak, nasi ayam, telur, lamb chop dan juga pencuci mulut seperti aiskrim durian. Nampak gaya memang meriah dan bukan sekadar juadah ringkas.
Dalam masa sama, Christy juga teruja untuk menikmati suasana bazar Ramadan bersama pasukannya. Bagi dirinya, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi peluang untuk mengeratkan hubungan serta berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.
Rata-rata netizen memuji sikap prihatin Christy terhadap pekerjanya. Ramai yang menganggap inilah contoh majikan yang bukan saja fokus kepada bisnes, tetapi juga kebajikan staf.
Nampaknya Ramadan kali ini bakal jadi lebih istimewa buat Christy dan seluruh pasukannya.
















