Pelakon cantik Intan Najuwa sekali lagi buat ramai tersenyum bila dia umumkan sedang hamil anak kedua. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi media sosialnya, dan seperti biasa, terus dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti.
Dalam perkongsian tersebut, Intan nampak begitu berseri-seri sambil memberi bayangan bahawa keluarga kecilnya bakal bertambah ahli tak lama lagi. Paling comel, anak sulungnya, Imane Lunara, bakal naik pangkat jadi kakak!
Teruskan MembacaUntuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada Disember 2024, dan kini rezeki datang lagi tanpa diduga.
Ramai netizen kata memang nampak “baby glow” pada wajah Intan sejak kebelakangan ini. Ada juga yang tak sabar nak tahu jantina bayi kedua dan tertanya-tanya sama ada kali ini mereka akan dapat baby lelaki pula.
Apa pun, yang penting ibu dan bayi sihat. Tahniah buat Intan dan suami atas rezeki yang cukup indah ini. Nampaknya rumah tangga mereka makin meriah tahun ini!
















