Nama Puteri Sarah Liyana sekali lagi jadi perhatian bila bekas mentuanya, Datuk Yusof Haslam, tampil menitipkan doa agar pelakon itu segera bertemu jodoh yang sesuai.
Teruskan MembacaMenerusi satu perkongsian video yang tular di media sosial, pengarah tersohor itu dilihat memberikan kata-kata penuh makna buat Puteri Sarah. Ujarnya, kehidupan ini singkat dan masa yang berlalu tidak akan kembali, jadi jangan biarkan ia terbuang begitu sahaja tanpa mencari kebahagiaan sendiri.
Menurut Yusof, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah termasuk dalam soal jodoh. Katanya lagi, dalam rumah tangga paling penting adalah sikap tolak ansur dan saling memahami kerana tiada manusia yang sempurna.
Walaupun hubungan Puteri Sarah dan anaknya, Syamsul Yusof sudah berakhir, namun jelas kelihatan Yusof masih mengambil berat dan mahu melihat bekas menantunya itu bahagia. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun sebelum berpisah pada 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen. Ramai yang tersentuh melihat keikhlasan Yusof Haslam dan mendoakan agar Puteri Sarah benar-benar dipertemukan dengan seseorang yang mampu menjaga serta menghargainya.
Apa pun, ramai setuju kerana setiap orang berhak untuk bahagia dan memulakan lembaran baru dalam hidup.
















