Akhirnya teka-teki yang jadi buah mulut netizen terjawab juga. Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Noor Nabila, mengesahkan lelaki berjambang yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini memang kekasih baharunya.
Teruskan MembacaLelaki yang hanya dikenali sebagai Mr AA itu dikatakan lebih muda hampir 10 tahun daripada Nabila, namun perbezaan usia langsung tidak menjadi isu buat mereka. Malah, hubungan yang terjalin itu juga sudah mendapat restu keluarga, sekali gus membuatkan ramai peminat tumpang gembira.
Menurut Nabila, dia kini berada dalam fasa hidup yang lebih tenang dan matang. Apa yang penting baginya adalah keserasian, keikhlasan dan rasa hormat antara satu sama lain, bukan soal usia semata-mata.
“Alhamdulillah, keluarga pun sudah tahu dan merestui,” katanya ringkas, seolah-olah memberi bayangan hubungan ini bukan sekadar main-main.
Sejak kebelakangan ini, kemunculan lelaki berjambang itu dalam beberapa hantaran media sosial Nabila memang mencetuskan tanda tanya. Ada yang meneka, ada yang menyokong, tak kurang juga yang sekadar ingin tahu.
Apa pun, ramai netizen mendoakan agar hubungan ini berjalan lancar dan membawa kebahagiaan buat Noor Nabila selepas melalui pelbagai fasa dalam kehidupan sebelum ini.
Kalau dah jumpa yang buat hati tenang, siapa kita nak persoal, kan?
















