Pelakon terkenal Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu pesanan ringkas tetapi cukup mendalam di media sosial. Tanpa berlapik, Nora mengingatkan orang ramai tentang pentingnya memilih pasangan hidup dan sahabat yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik, bukan sebaliknya.
Menurut Nora, orang yang ada di sekeliling kita memainkan peranan besar dalam membentuk siapa diri kita hari ini. Sebab itu, dia menegaskan agar kita tidak tersilap memilih teman atau pasangan yang hanya “ikut sama naik” tanpa hala tuju, apatah lagi yang menjauhkan kita daripada nilai dan pegangan hidup.
Teruskan Membaca
Baginya, pasangan yang baik bukanlah yang sentiasa mengiyakan semua perkara, tetapi yang berani menegur, menasihati dan mengingatkan apabila kita tersasar. Begitu juga dengan sahabat, biarlah yang ikhlas mahu melihat kita jadi versi diri yang lebih baik, bukan yang menarik kita ke arah negatif.
Nora turut menyentuh soal cara berfikir dan bertindak dalam kehidupan seharian. Katanya, belajar untuk berfikir secara tenang, berlapang dada dan sentiasa bersangka baik mampu membantu seseorang menjalani hidup dengan lebih damai.
Perkongsian itu nyata mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa pemilihan pasangan dan lingkungan sosial bukan perkara kecil. Malah, ramai menganggap pesanan Nora sebagai peringatan lembut untuk menilai semula siapa yang kita benarkan berada dekat dengan diri dan hati kita.
Kadang-kadang, nasihat paling ringkas itulah yang paling kena dan kali ini, kata-kata Nora Danish cukup membuat ramai berfikir.
















