Berita baik untuk para pelabur! Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akhirnya umumkan kadar agihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Untuk tahun ini, Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) bagi dividen 5.50 sen seunit, manakala Amanah Saham Malaysia (ASM) pula 5.00 sen seunit. Not bad, kan?
Teruskan MembacaMenurut syarikat induknya, Permodalan Nasional Berhad (PNB), jumlah keseluruhan agihan kali ini mencecah RM2.36 bilion, memang besar!
Kalau tengok pecahan:
- ASB 2 agihkan RM0.82 bilion kepada lebih 680,000 pemegang unit
- ASM pula lagi tinggi, RM1.54 bilion kepada hampir 786,000 pelabur
Dari segi prestasi, kedua-dua dana ini masih kekal stabil walaupun ekonomi global sekarang agak ‘bergelora’. PNB sendiri akui keadaan pasaran dunia yang tak menentu, termasuk isu geopolitik, memang beri cabaran.
Tapi strategi pelaburan jangka panjang dan portfolio pelbagai (macam aset tetap, hartanah, pelaburan swasta) nampaknya masih ‘menjadi’ untuk kekalkan pulangan.
Apa yang lagi menarik, kadar dividen ini sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding fixed deposit 12 bulan yang ditawarkan oleh Maybank, sekitar 2.18% saja. Kiranya ASB 2 dan ASM masih bagi ‘extra mileage’ untuk pelabur.
Untuk yang tertanya-tanya, agihan ini akan dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan dan akan terus masuk semula ke akaun masing-masing bermula 1 April 2026.
Sepanjang proses kiraan dividen, urus niaga kedua-dua dana akan dihentikan sementara dari 27 hingga 31 Mac. Lepas itu, semua akan kembali normal bermula 1 April melalui portal dan aplikasi myASNB.
Jadi, siapa yang dah melabur tu.. senyum lebar lah!














