Memang betul-betul panas bahang konsert “CintaKu TerTinggal Di Malaysia” apabila tiketnya kini hampir habis dijual. Difahamkan, hanya tiga kategori sahaja yang masih tinggal dan itu pun baki sekitar 25 peratus!
Teruskan MembacaMenurut penganjur, Icon Entertainment, sambutan yang diterima memang luar biasa. BalaDewa, BalaDewi dan juga Sobat Padi nampaknya tak lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada malam penuh nostalgia ini. Jelas sekali aura Dewa 19 masih kuat dan berbisa di Malaysia.
“Beberapa kategori sudah habis sepenuhnya. Jadi kami sarankan peminat cepat-cepat dapatkan tiket sebelum semuanya sold out,” kata wakil penganjur dalam kenyataan rasmi.
Konsert yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026 (Sabtu) di Axiata Arena ini pastinya menjanjikan malam yang padu. Tiga vokalis utama Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe akan bergabung atas satu pentas bersama pemain dram hebat, Tyo Nugros.
Lebih best, kumpulan legenda Padi Reborn turut buat kemunculan khas. Confirm malam tu penuh dengan lagu-lagu cinta dan rock yang buat ramai imbau kenangan lama!
Kategori tiket yang masih ada:
- RM236 – Atas Nama Cinta
- RM288 – Bala Sobat (Standing)
- RM388 – Pengeran Cinta
Yang dah habis:
- RM428 – Laskar Cinta
- RM488 – Sedang Ingin Bercinta (siap dengan T-shirt eksklusif)
Tiket boleh dibeli secara online menerusi platform Ticket2U. Konsert bermula jam 8 malam dan dijangka menghimpunkan ribuan peminat yang tak sabar nak nyanyi sama-sama lagu hits mereka secara live.
Jadi BalaDewa dan Sobat Padi, jangan tunggu lama-lama. Nanti tinggal kenangan je bila kategori terakhir pun ‘ghaib’!
















