Pempengaruh media sosial, Iman Kamil, sekali lagi jadi perhatian ramai selepas berkongsi bahawa dirinya telah mencacah tatu pada bahagian lengan kiri.
Menerusi satu video di media sosial, Iman menjelaskan tatu tersebut bukan dibuat suka-suka, sebaliknya sebagai simbol kepada perjalanan hidup dan kesilapan yang pernah dilaluinya.
Teruskan MembacaMenurutnya, tatu itu seolah-olah menggambarkan segala yang dipendam selama ini.
“Aku tahu benda ni akan jejaskan hidup aku… tapi memang dah hancur pun,” luahnya jujur.
Iman turut mengakui bahawa tindakannya itu adalah cara untuk menzahirkan apa yang dirasai dalam diri.
“Dosa aku terzahir di badan… ini semua apa yang aku rasa,” katanya, memberi bayangan bahawa tatu tersebut berkait dengan fasa gelap dalam hidupnya.
Dalam masa sama, dia turut berkongsi tentang tekanan emosi yang dihadapinya secara berterusan.
“Aku penat simpan semua benda sorang-sorang,” ujarnya lagi.
Iman juga menegaskan tatu tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau melambangkan perkara negatif.
“Ini bukan pasal nak jadi gangster atau apa… ini kisah hidup aku,” jelasnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun ada yang terkejut, ramai tampil memberi sokongan serta mendoakan agar dia terus kuat menghadapi ujian hidup.
Tidak kurang juga yang mengingatkan supaya tidak cepat menghukum kerana setiap orang mempunyai cerita tersendiri.
Apa pun, ramai berharap Iman Kamil dapat melalui fasa ini dengan tabah dan menemui jalan yang lebih baik dalam hidupnya.
















