Berita penting buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut akan dikeluarkan pada 31 Mac ini.
Menurut kenyataan KPM pada Isnin, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun ini yang dijalankan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Teruskan MembacaBagi calon sekolah, keputusan boleh diambil terus di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari pengumuman.
Sementara itu, calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeritempat mereka mendaftar sebelum ini.
Selain hadir ke sekolah, calon juga boleh membuat semakan keputusan secara online melalui portal rasmi myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac hingga 6 petang, 6 April.
Tak hanya itu, semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip:
SPM<jarak>NoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan semakan melalui internet dan SMS ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 31 Mac sehingga 6 petang pada 6 April, bagi memudahkan calon mendapatkan keputusan masing-masing.
















