Satu perkongsian dari seorang wanita baru-baru ini memang buat ramai meremang bila dia cerita pengalaman menakutkan yang berlaku dekat dirinya, semua jadi masa dia tengah duduk seorang diri dalam kereta. Wanita itu baru sahaja parking untuk pergi kerja.
Menurut wanita tersebut, situasi mula jadi pelik bila seorang lelaki tiba-tiba muncul dan cuba mendekati keretanya. Lagi buat dia panik, lelaki tu bukan sekadar tengok tapi berulang kali cuba buka pintu kereta dia!
Teruskan MembacaBayangkan tengah duduk sorang, tiba-tiba ada orang asing cuba buka pintu, memang terus naik bulu roma.
Wanita tu cepat bertindak dengan memastikan pintu dikunci rapat dan kekal tenang walaupun dalam keadaan cemas. Dalam masa sama, dia cuba elakkan sebarang interaksi dengan lelaki berkenaan demi keselamatan diri, tetapi tetap merekod situasi kejadian sebagai bukti, dengan memalapkan lampu brightness di telefon bimbitnya.
Perkongsian tu terus tarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya turut rasa seram dan risau, lebih-lebih lagi bagi wanita yang selalu travel atau tunggu dalam kereta seorang diri.
Ramai juga ambil peluang ingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga, pastikan pintu kereta sentiasa berkunci, elakkan parking di tempat sunyi, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Memang nampak macam perkara kecil, tapi situasi macam ni boleh jadi bahaya kalau tak ambil langkah berjaga-jaga. Stay safe guys, especially kalau tengah alone dalam kereta!
















