Pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias, dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami masalah saluran jantung sempit yang memerlukan rawatan segera.
Perkembangan mengenai keadaan beliau dikongsi oleh ahli keluarga menerusi Facebook, memaklumkan Ustaz Kazim terpaksa menjalani prosedur memasukkan belon bagi membantu melancarkan aliran darah ke jantung.
Teruskan MembacaDifahamkan, hasil pemeriksaan lanjut mendapati masih terdapat satu lagi saluran yang sempit dan memerlukan rawatan susulan.
Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau dilaporkan mengalami kesakitan yang agak serius sehingga memerlukan pemantauan rapi oleh pihak perubatan.
Bagaimanapun, perkembangan terkini memberi sedikit kelegaan apabila keadaan beliau kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di ICU.
Buat masa ini, pelawat tidak dibenarkan untuk melawat kecuali ahli keluarga terdekat sahaja bagi memastikan beliau mendapat rehat secukupnya.
Dalam masa sama, pihak keluarga turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim agar beliau kembali sihat dan dapat meneruskan aktiviti dakwah seperti biasa.
Di media sosial, ramai netizen turut menitipkan doa dan kata-kata semangat, berharap beliau segera pulih dan kembali aktif seperti sebelum ini.
















