Perkongsian terbaharu bekas suami pelakon Norreen Iman, Razzi Razak di Threads menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat meluahkan perasaan mengenai kehilangan seseorang yang pernah memberi makna dalam hidupnya.
Menerusi hantaran tersebut, Razzi berkongsi tentang hakikat melepaskan bukan sesuatu yang mudah, namun kehidupan tetap perlu diteruskan meskipun hati masih menyimpan rasa.
Teruskan Membaca“Walau sakit, tetap kena lepaskan. Hidup mesti diteruskan.”
Dalam masa sama, Razzi turut mengakui bukan mudah untuk menemui seseorang yang mempunyai kebaikan dan nilai seperti individu yang pernah hadir dalam hidupnya.
“Sukar jumpa pengganti baik seperti dia.”
Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, ramai netizen beranggapan luahan itu ditujukan kepada bekas isterinya, Norreen Iman.
Terdahulu, pada 21 Mei lalu, pasangan tersebut disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas lebih sedekad melayari alam rumah tangga.
Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
















