Berita baik untuk peminat bola sepak tempatan, Piala Dunia FIFA 2026 bakal disiarkan secara rasmi di Malaysia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV.
Pengumuman ni dibuat oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap kerajaan. Katanya, langkah ini diambil supaya semua rakyat Malaysia boleh tengok kejohanan bola sepak paling besar dunia ni secara sah dan lebih mudah tak kira di mana.
Teruskan MembacaApa yang lagi best, siaran akan cover pelbagai platform. Nak tengok free pun boleh melalui MyTV, atau secara digital melalui RTM Klik dan Unifi TV. Jadi memang senang, ikut cara masing-masing.
Unifi TV pula akan bawakan semua 104 perlawanan secara LIVE tanpa miss, manakala RTM akan siarkan kebanyakan perlawanan sama ada secara langsung atau siaran tertunda.
Bukan itu saja, program khas macam “Grandstand” juga akan disediakan dari Angkasapuri, lengkap dengan ulasan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Siap ada perancangan buat acara tontonan ramai-ramai di lokasi terpilih, confirm meriah!
Dalam masa sama, Fahmi ingatkan semua supaya jangan terlibat dengan siaran haram. Kerajaan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang langgar undang-undang cetak rompak.
Apa pun, harapnya Piala Dunia FIFA 2026 nanti bukan sekadar bola tapi jadi momen yang satukan rakyat Malaysia dengan vibe penuh semangat!
















