KUALA LUMPUR: Panas! Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zaliha Mustafa, akhirnya bersuara lantang menjawab tuduhan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang mendakwa pelantikan vendor sistem pemilihan dilakukan secara senyap.
Namun yang lebih mengejutkan Rafizi dikatakan tidak pernah membantah pun ketika mesyuarat berlangsung!
Teruskan Membaca“Saya masih ingat, memang ada perbincangan dalam Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengenai vendor. Rafizi langsung tak bangkitkan isu ini, dia cuma fokus pada isu auditor,” kata Dr Zaliha dalam satu kenyataan video yang kini tular di media sosial.
Menurutnya lagi, sistem yang digunakan adalah aplikasi ADIL, yang telah diperkenal sejak pemilihan 2022, dan hanya ditambah baik selepas Setiausaha Agung baharu dilantik.
Vendor sedia ada turut dikekalkan bagi menyelaraskan pembangunan modul pemilihan dan keanggotaan bukan pilih senyap-senyap, tegasnya.
Dr Zaliha turut menyeru semua calon agar tidak melibatkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam perebutan jawatan dan menegaskan JPP kekal bebas, adil dan telus.
“Berhenti main persepsi. Mari berkempen secara matang,” katanya, sinis tapi padat.















