KUALA LUMPUR: Dalam satu pengumuman mengejutkan, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri, berkuat kuasa 17 Jun 2025.
Melalui satu kenyataan rasmi yang dimuat naik hari ini, Rafizi berkata keputusan itu dibuat selepas kalah dalam pemilihan parti PKR baru-baru ini, sekali gus membuatkan beliau merasakan tidak lagi punya mandat untuk terus mewakili parti dalam kerajaan.
Teruskan Membaca“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru. Bila dah kalah dalam pemilihan parti, saya harus beri laluan kepada yang menang,” katanya.
Rafizi turut memaklumkan bahawa beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan bermula hari ini sehingga tarikh peletakan jawatan rasmi pada 17 Jun.
Dalam kenyataannya, beliau mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi, penjawat awam, serta semua pihak yang pernah berurusan dengannya sepanjang tempoh perkhidmatan.
Antara pencapaian terakhir Rafizi ialah penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang kini menunggu masa untuk dibentangkan di Parlimen.
RMK13 memberi tumpuan besar kepada reformasi pendidikan dan struktur ekonomi negara.
“Saya harap reformasi berani dalam pendidikan yang digariskan dalam RMK13 akan tetap diteruskan walaupun saya tidak lagi berada dalam Jemaah Menteri,” tambah beliau.
Apakah hala tuju baharu Kementerian Ekonomi selepas ini?
Siapa pengganti Rafizi? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya!
















