Terkini

Semoga hubungan Malaysia, Brazil akan terus kukuh demi manfaat bersama – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah berinteraksi dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva melalui perbualan telefon.

Malaysia dan Brazil bersepakat untuk menjalinkan kerjasama bagi mempromosi serta melindungi kepentingan negara membangun khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran.

Menerusi hantaran X, milik Anwar sendiri menyatakan bahawa hubungan dua hala kedua-dua negara sepakat dalam meningkatkan pelbagai sektor.

“Menerusi perbualan itu, kami turut senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.

“Saya juga turut mengambil peluang untuk mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin.

“Dalam masa yang sama, saya juga menerima undangan Presiden Lula bagi mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November nanti,” katanya.

Di samping itu, Anwar mengharapkan semoga hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Terdahulu, Anwar pernah mengusulkan pertemuan perbincangan berkenaan konflik kemanusiaan di Palestin.

Ia tidak mengehadkan hanya kepada pemimpin negara Islam sahaja malah, ia dibuka kepada negara lain seperti Brazil, Ireland, Russia dan China kerana mempunyai pendekatan lunak, pendirian untuk mempertahankan hak kemanusiaan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top