Jika pemerintahan di Kelantan ditukar selari Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), lebih banyak peruntukan akan disediakan bagi negeri berkenaan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan tidak pernah melupakan Kelantan, sebaliknya memberi banyak peruntukan kerana beliau adalah pemerintah yang adil.
Teruskan Membaca“Banyak usaha dilakukan termasuk isu tebatan banjir, bekalan air dan usaha membaik pulih tandas sekolah yang dilaksanakan sebelum kita memerintah negeri ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid lagi, seluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bekerja keras untuk menawan Kelantan bagi membantu negeri itu yang masih mundur selepas 33 tahun diperintah PAS.
Segala kemudahan termasuk jalan raya, sekolah dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang ada adalah hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan.
“Ia bukti cakna Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini. Sasaran kita mahu membentuk Kerajaan MADANI di Kelantan, jadi rakyat diharap mampu memberi undi kepada calon BN-PH pada PRN kali ini,” katanya dalam ucapan di Program Jelajah Perpaduan MADANI Kelantan di Kampung Batang Merbau, di sini, malam ini.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pelaburan asing juga akan dibawa masuk ke Kelantan, sekali gus memberi ruang dan peluang kepada anak-anak negeri itu mendapat peluang pekerjaan.