LIMPAHAN kemajuan yang dinikmati Selangor dengan catatan pertumbuhan ekonomi membanggakan saban tahun datang dari pentadbiran cemerlang.
Amirudin gesa Sanusi cermin diri |
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain pentadbiran cemerlang yang terbukti itu, kedudukan Selangor yang strategik dan pembangunan banyak bandar satelit sejak 70-an mengukuhkan lagi limpahan kemajuan negeri
Teruskan MembacaJusteru tegasnya, fakta itu sekali gus menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Selangor tidak layak dijadikan model negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) paling berjaya kerana menumpang tuah Kuala Lumpur.
“Sebenarnya Kuala Lumpur itu sebahagian daripada Selangor sebelum ini. Kedudukan kita yang strategik dan kita berjaya menyediakan bandar satelit pada 70-an lagi.
“Kedah sebelah Pulau Pinang (negeri maju) tapi dia (Kedah) macam itu juga. Apa dampaknya. Dia tidak pernah tengok cermin.
“Pulau Pinang sudah membangun jauh, pelaburan begitu besar dan juga pertumbuhan ekonomi ketiga terbaik selepas Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi Kedah masih lagi menyumbang hanya sekitar bawah lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi HARAPAN Selangor berkata sekiranya mahu menggunakan analogi Selangor maju kerana menumpang tuah Kuala Lumpur, Sanusi sepatutnya terlebih dahulu mencermin diri sebelum membuat sebarang kenyataan tidak berasas.
Justeru beliau menasihatkan Muhammad Sanusi untuk menumpukan urusan negeri di bawah pentadbirannya sebelum mencampuri urusan negeri lain.
“Inilah masalah Sanusi, mata dia besar kat tempat lain tapi tidak sempat tengok pada masalah yang ada di tempat dia
“Jangan takut. Minggu depan saya akan pergi ke Kedah, saya akan terangkan pada Sanusi macam mana nak jadi yang terbaik macam Selangor,” katanya.