KUALA LUMPUR : Malaysia terus mencuri tumpuan dunia! Reformasi perundangan dan institusi yang dibawa oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diiktiraf oleh komuniti perundangan antarabangsa.
Yang membanggakan, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, diberi penghormatan menyampaikan usaha hebat Malaysia di pentas dunia Tashkent Law Spring International Legal Forum 2025 di Uzbekistan!
Teruskan Membaca“Ini bukti dunia nampak kesungguhan Malaysia dalam memacu reformasi undang-undang dan teknologi digital,” kata Azalina dalam satu hantaran di Facebook.
Lebih menarik, forum antarabangsa berprestij bertemakan “The Age of Digital Technologies: A Legal Perspective of the Future” ini turut disertai menteri kehakiman dan pakar digital dari negara-negara seperti UAE, Azerbaijan, Pakistan dan Rusia.
Azalina juga menegaskan bahawa Malaysia kini sedang bergerak seiring arus global, dengan memberi fokus kepada pendigitalan sistem undang-undang serta bersedia menghadapi cabaran era kecerdasan buatan (AI).
Kehadiran beliau di Tashkent adalah atas jemputan rasmi Menteri Keadilan Uzbekistan, Akbar Tashkulov satu lagi bukti Malaysia kini berada di radar utama dunia dalam bidang reformasi undang-undang.
Malaysia Bukan Lagi Penonton. Kita Pemain Pentas Dunia!