ALOR SETAR: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun jadi wira tak didendang selepas tindakannya yang pantas berjaya selamatkan dua adiknya daripada kebakaran rumah mereka di Taman Seri Kota.
Kisahnya macam dalam filem Muhammad Danial Fitri tengah lena tidur di tingkat atas, tiba-tiba terjaga sebab hidu asap tebal.
Teruskan MembacaBila turun nak tengok apa jadi, terkejut besar bila nampak api dah mula marak dari tingkat bawah!
Tanpa buang masa, Danial terus keluar rumah cari jiran dan jerit minta tolong.
Tindakan beraninya tu bantu selamatkan dua adik yang masih dalam rumah.
Menurut bapa mereka, Mohd Nazmi Mohd Hanifa, kalau Danial lambat sikit je bertindak, mungkin lain jadinya.
Netizen yang baca kisah ni rata-rata tabik spring dengan keberanian Danial.
“Baru 7 tahun, tapi jiwa besar. Hero sebenar!” – netizen
Syukur tiada yang cedera. Tapi yang pasti, budak kecil ni dah buktikan, umur bukan penghalang untuk jadi penyelamat!







