4U2C Kembali Gegarkan Pentas! Konsert “WE 4U2C” Bawa Aura 90-an 15 September Ini

Fenomena nostalgia boyband 90-an masih belum reda malah semakin membara! Selepas kejayaan konsert Gen KRU yang mencetuskan gelombang memori indah era lalu, kini giliran kumpulan legenda 4U2C pula tampil dengan pengumuman yang pasti membuat peminat tak senang duduk.

Kumpulan yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air dengan gaya unik dan imej berani ini bakal mengadakan konsert khas bertajuk “WE 4U2C yang dijadualkan berlangsung pada 15 September di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?