PETALING JAYA – Demi pastikan rakyat terima maklumat sahih tanpa putar belit, Kementerian Komunikasi (KKD) kini makin mantap bergandingan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)!
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kongsi perkembangan penting itu selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di pejabatnya.
“Insya-Allah, KKD akan terus kukuhkan kerjasama strategik bersama PDRM. Kita mahu lawan penularan berita palsu dan kandungan berunsur hasutan dengan lebih efektif!” – Fahmi Fadzil
Dalam dunia digital serba pantas hari ini, keselamatan maklumat & siber jadi barisan pertahanan utama negara! Ketua Polis Negara turut tegaskan komitmen PDRM untuk terus bekerjasama rapat dalam hal ini.
“Ancaman digital semakin mencabar, dan keselamatan negara bergantung pada kemampuan kita bendung penyebaran maklumat palsu,” kata Khalid.
Sinergi KKD x PDRM ini pastinya beri impak besar kepada komunikasi nasional yang lebih bersih, selamat dan sahih. Jangan mudah terpedaya – #SemakDulu!














