PUTRAJAYA – Hubungan Malaysia-Vietnam terus ‘padu’! Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan rasmi rakan sejawat dari Vietnam, TYT Pham Minh Chinh di Putrajaya – satu pertemuan penting penuh mesej strategik!
Dalam pertemuan itu, dua pemimpin berbincang pelbagai topik ‘berat’ tapi penting: dari pelaburan, perdagangan, keselamatan, pertahanan, maritim, perikanan sehinggalah tenaga hijau & petroleum.
Teruskan MembacaIsu panas? Anwar tekankan Malaysia serius nak hentikan penangkapan ikan secara haram, dengan ajak Vietnam cari jalan penyelesaian konstruktif. “Kita jaga laut, jaga hubungan serantau,” katanya.
Yang paling menarik – Malaysia beri sokongan penuh kepada projek kabel dasar laut di selatan Vietnam yang bakal kukuhkan jaringan tenaga dua hala. Ini seiring visi besar ASEAN Power Grid!
Jangan risau, ini bukan pertemuan terakhir. Anwar sahkan mereka akan sambung berbincang dalam Sidang Kemuncak ASEAN Oktober nanti. Fokus? Terus bina hubungan kukuh dan persahabatan jangka panjang antara dua negara jiran serantau.
Malaysia-Vietnam, langkah seiring ke hadapan.