WASHINGTON– Malaysia tak gentar walau AS umum naikkan tarif import produk kita kepada 25% bermula 1 Ogos 2025.
Tegas Menteri MITI, Tengku Zafrul, Malaysia akan terus pilih jalan diplomasi dan rundingan terbuka untuk jaga kepentingan negara dan rakyat!
Teruskan Membaca AS = Rakan Dagang No. 2 Terbesar Malaysia.
Tahun 2024: Perdagangan dua hala cecah RM324.9 bilion (USD71.4 bilion)!
Kita bukan lawan, kita rakan ekonomi penting.
“Tindakan unilateral boleh ganggu perniagaan, pelaburan dan rantaian bekalan. Kita pilih dialog, bukan konfrontasi.” – @tzafrul_
Fokus Malaysia:
- Selesaikan isu perdagangan secara konstruktif
- Kekalkan keyakinan terhadap sistem perdagangan bebas & terbuka
- Pastikan eksport dan pelaburan terus lancar
Terima kasih kepada semua rakan industri & pihak berkepentingan yang sokong pendekatan diplomasi ekonomi kerajaan. Malaysia kekal matang dan tegas — demi rakyat, ekonomi dan hubungan global