KUALA LUMPUR – “ASEAN bukan rantau yang boleh ditentukan tanpa kita!” – itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM-58) hari ini.
Anwar menyeru semua negara ASEAN untuk perkukuh ekonomi serantau dan tolak tekanan kuasa luar. Katanya, hanya dengan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan yang kukuh, ASEAN mampu jadi blok yang relevan dan tahan uji untuk dekad akan datang.
Teruskan Membaca“Kita perlu bangunkan ekonomi ASEAN yang kukuh, saling terhubung, dan tidak tunduk pada pengaruh luar. Kita ada suara sendiri!”
Beliau juga menekankan perlunya ASEAN fokus kepada kerjasama praktikal – dari keselamatan makanan, pendidikan, kesihatan awam, hinggalah ke transformasi digital dan iklim.
Yang paling mencuri perhatian, Anwar mengungkap analogi menyentuh hati:
👩🍳 Ibu di Batambang membuka gerai pagi-pagi demi anak-anak.
🚜 Petani di Luzon membanting tulang di tanah warisan.
🎒 Anak kecil di Chiang Rai melangkah penuh harapan ke sekolah.
“Dari Sittwe ke Merauke, dari Da Nang ke Dili – ASEAN bukan hanya peta, tapi komuniti yang bergerak bersama,” katanya penuh semangat.
AMM-58 berlangsung dari 8 hingga 11 Julai, dengan lebih 40 menteri luar dan wakil organisasi antarabangsa hadir.
Ini kali kelima Malaysia jadi Pengerusi ASEAN sejak menyertai blok ini – selepas tahun 1977, 1997, 2005, dan 2015.