PARLIMEN: Isu rundingan damai antara Thailand dan Kemboja serta pengurusan hutang negara jadi antara topik panas yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Teruskan MembacaMenurut Aturan Urusan Mesyuarat yang dimuat naik di portal Parlimen, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee (GPS) bertanyakan kepada Perdana Menteri tentang sejauh mana penglibatan Malaysia dalam membantu proses damai dan gencatan senjata antara dua negara jiran itu.
Tak kurang juga, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) nak tahu apa pelan sebenar Kerajaan MADANI dalam urus hutang negara supaya terus kekal stabil dan tak membebankan rakyat pada masa depan.
Sesi soal jawab turut menyentuh isu pembangunan bersama (Joint Development) dengan Indonesia di blok ND 6 dan ND 7 Ambalat. Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) tanya kepada Menteri Luar Negeri sama ada konsep macam Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) boleh digunapakai di kawasan itu sambil ambil kira hak Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Selain itu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) nak tahu apa hasil perbincangan kerajaan dengan pihak-pihak terlibat mengenai cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia, dan apa langkah seterusnya supaya pelaksanaan tak terus tergantung.
Isu keselamatan negara pun disentuh. Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) tanya kepada Menteri Pertahanan kalau ada rancangan nak guna teknologi dron atau UAV (Unmanned Aerial Vehicle) dalam sistem pertahanan udara Malaysia.
Lepas sesi Q&A, Dewan Rakyat sambung dengan perbahasan tentang usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.
Persidangan kali ini akan berlangsung selama 24 hari sehingga 28 Ogos.
















