PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) umum pelantikan enam ahli baharu dalam Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berkuat kuasa dari 15 Julai 2025 hingga 14 Julai 2028.
Teruskan MembacaPelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas nasihat Perdana Menteri, selaras dengan Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Antara nama besar yang dilantik ialah Datuk Seri Dr Yusof Ismail, bekas Ketua Pengarah MAMPU, yang juga pernah terlibat aktif dalam organisasi seperti Transparency International Malaysia (TI-M) dan Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia.
Lima lagi individu yang turut dilantik ke dalam LPPR adalah:
- Datuk Zainal Azman Abu Seman – mantan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JPA
- Datuk Othman Semail – mantan Timbalan KSU (Pengurusan), Kementerian Kewangan
- Datuk Dr Narimah Awin – kini Pengerusi LPPKN
- Datuk Dr Mohd Kassim Noor Mohamed – Naib Canselor ELMU
- Ketua Pesuruhjaya SPRM – dilantik sebagai ahli ex-officio mengikut undang-undang sedia ada
Menurut kenyataan SPRM, pelantikan ini diharap dapat membantu memperkukuh hala tuju dan strategi SPRM dalam membanteras rasuah dengan lebih efisien, telus dan berintegriti.
SPRM juga optimis pelantikan baharu ini mampu menjawab harapan rakyat yang semakin menuntut ketelusan dan keberkesanan dalam setiap tindakan agensi itu.