KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz, mendakwa tindakan anaknya mendapatkan perintah injuksi terhadap dirinya adalah akibat desakan pihak ketiga.
Menurut Ariz, pihak pengurusan Anna didakwa banyak campur tangan dalam urusan peribadi pelakon itu sehingga menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang.
Teruskan Membaca“Anna mahukan kebebasan sendiri dan percaya pihak pengurusannya banyak masuk campur. Ketika injuksi keluar, saya tidak boleh mendekati dia. Kemudian dibenarkan tetapi bersyarat, hanya jika dia izinkan. Saya terpaksa merayu dengan bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu siaran langsung menjawab pertanyaan netizen.
Ariz berkata, beliau kini memilih untuk berundur dan tidak lagi campur tangan dalam kehidupan peribadi anaknya.
“Sebagai seorang ibu, saya cuba berundur selepas tidak lagi diperlukan. Saya perlu fikir untuk diri sendiri. Walaupun Anna masih mempunyai ibu, dia telah membuang saya. Siapa sangka? Namun, apa yang berlaku ini adalah ujian Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Ariz mendedahkan menerima perintah injuksi pada Disember tahun lalu yang melarangnya mendekati Anna dalam jarak 100 meter.















