SEGAMAT: Gempa bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat sekitar jam 4.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Teruskan MembacaKejadian berukuran magnitud 3.4 itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer (km) di lokasi kira-kira 22 km Timur Laut Segamat.
MetMalaysia memaklumkan gegaran turut dirasai sehingga ke Johor Bahru dan pihaknya terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap situasi ini.
“Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik di pautan yang disediakan bagi membantu MetMalaysia mendapatkan maklumat lanjut,” jelas agensi itu.
Untuk rekod, ini merupakan kejadian kelima dalam tempoh seminggu, dan yang kedua dalam masa kurang 24 jam.















