PETALING JAYA: Sambutan terhadap Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memang luar biasa! Dalam masa tiga hari je, lebih 2.9 juta penerima dah gunakan bantuan ni untuk beli barang keperluan dengan jumlah perbelanjaan cecah RM192.4 juta di seluruh negara.
Teruskan MembacaKementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, rekod tertinggi setakat ni dicatat pada 2 September 2025 dengan lebih 1.1 juta transaksi berjaya diselesaikan dalam satu hari.
Menariknya, sejak 31 Ogos lepas, sistem MyKasih alami lonjakan trafik gila-gila, sampai 2,000 transaksi seminit! Banding dengan April 2025 dulu, hanya sekitar 540 transaksi seminit. Maksudnya naik hampir empat kali ganda.
Disebabkan peningkatan ni, kerajaan terus upgrade kapasiti sistem daripada 5,000 kepada 15,000 kuiri seminit. Maklumlah, setiap transaksi bukan sekadar bayar, tapi ada proses imbas MyKad, semak barang dan pengesahan akhir.
Dengan peningkatan ni, proses dijangka jadi lebih laju dan pengguna pun lebih selesa nak berbelanja.
Kementerian Kewangan juga ucap terima kasih pada semua penerima yang sambut baik program ni, sambil janji akan terus ambil maklum balas orang ramai untuk pastikan sistem lebih mesra pengguna lepas ni.
Untuk info, kredit RM100 SARA sah digunakan sampai 31 Disember 2025 di lebih 7,300 premis runcit seluruh negara. Jadi, jangan risau, masih banyak masa nak guna!