Sebilangan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka dipintas ketika dalam perjalanan di perairan antarabangsa.
Teruskan MembacaMenurut Instagram rasmi Sumud Nusantara Official, pesawat Kapal Sirius telah dikepung kira-kira pada jam 2:03 pagi (waktu Malaysia) sebelum semua penumpang kapal lain turut ditahan.
Beberapa tokoh terkemuka tanah air turut berada dalam kalangan individu yang ditahan antaranya penyanyi dan pelakon Zizi Kirana, aktivis dan pendakwah Heliza Helmi, serta personaliti media sosial Farah Lee.
Di samping mereka yang telah ditahan, lima lagi rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC).
Misi GSF kali ini melibatkan lebih 500 peserta dari lebih 40 negara, dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan barangan asas ke Gaza. Secara keseluruhan, sebanyak 23 rakyat Malaysia turut serta dalam misi tersebut.
Kehadiran sukarelawan Malaysia dalam misi ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha solidariti antarabangsa untuk menyerahkan bantuan kepada rakyat Palestin, yang terus menghadapi kesukaran akibat sekatan dan konflik berterusan dengan rejim Israel.