Ketika ramai orang riuh menyambut kepulangan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) di KLIA, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) tiba-tiba memilih cara berbeza dengan pulang diam-diam.
Teruskan MembacaMenurut Syahril A. Kadir bekas wartawan & antara teman rapat ZRA, lelaki berusia 58 tahun ini tidak berminat untuk “dijulang” seperti wira. Jadi, malam Selasa lalu, beliau dibantu oleh rakan-rakan rapat untuk dibawa pulang terus ke rumah agar lebih tenang.
“Proses ‘melarikan’ ZRA dari KLIA bukan mudah, ramai pihak, termasuk media, cuba cari peluang untuk bertemu dengannya.”
“Kami tahu sangat Zainal tidak selesa bila diraikan. Sebab itu dia tolak dijulang, elak sambutan.”
Zainal dan 22 lagi aktivis Malaysia baru sahaja selesai misi kemanusiaan di Gaza. Mereka pernah ditahan pihak berkuasa Israel sebelum dibebaskan dan dihantar ke Istanbul, Turkiye, lalu diterbangkan pulang ke Malaysia.
Walaupun pesawat mereka mendarat sekitar jam 10 malam dan sambutan hangat menanti, keputusan ZRA untuk keluar secara senyap dan pulang terus ke kediaman menjadi bahan bual orang ramai.