KUALA LUMPUR: Beberapa pengguna media sosial mengutarakan kebimbangan terhadap pelakon Uqasha Senrose yang dikatakan mungkin sedang berhadapan tekanan mental selepas melahirkan anak perempuannya dan sedang melalui proses penceraian. Perkongsian ini muncul setelah rumah tangganya bersama Kamal Adli dilaporkan sedang menghadapi pergolakan.
Teruskan MembacaSeorang pengguna di akaun Threads menyatakan, “Aku tengok Uqasha macam post-partum depression (kemurungan selepas bersalin) ini, anak belum setahun. Keluarga patut bawa jumpa doktor. Dia macam exhausted, burnout dan overthinking.”
Netizen yang sama turut berkongsi pengalaman mereka sebagai ibu-bapa, menunjukkan simpati dan menyatakan bahawa menjaga anak bayi, berjaga malam dan penyakit “burn-out” sangat wajar difahami:
“Perempuan akan ingat waktu dia dilayan waktu lepas bersalin, berpantang dan jaga anak waktu bayi lagi-lagi bab berjaga malam, silap dia artis post semua salah.”
Gambar-gambar Uqasha dalam siaran langsung baru-baru ini turut diperhatikan oleh peminat yang merasakan perubahan ketara dalam ekspresi beliau, antaranya kelihatan letih atau kurang ceria berbanding kebiasaan. Mereka menyarankan agar keluarga beliau mengambil langkah peka dengan tahap kesihatan mentalnya: “Ahli keluarga Uqasha kena bawa dia jumpa psikiatri sebelum melarat. Perasaan burn-out itu wajar saja walaupun baru anak seorang.”
Untuk rekod, Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober lalu, dan proses sebutan kes sedang berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sekadar peringatan, jika anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami simptom seperti keletihan melampau, kehilangan minat pada aktiviti harian, kebimbangan yang berpanjangan atau perubahan mood yang ketara, berjumpalah profesional kesihatan mental secepat mungkin.
















