KUALA LUMPUR: Berita baik buat pemandu e-hailing! Kerajaan mengumumkan peningkatan had subsidi petrol RON95 di bawah program Budi95 daripada 600 liter kepada 800 liter sebulan, bergantung kepada jumlah perjalanan yang dibuat.
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan penyasaran subsidi dilaksanakan dengan lebih adil dan berkesan, terutama bagi golongan yang benar-benar memerlukan.
“Kerajaan akan terus pantau corak penggunaan dan buat penilaian semula dari semasa ke semasa bagi memperkukuh dasar penyasaran subsidi RON95.
“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba salah guna subsidi ini,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa sama, kerajaan turut bersetuju untuk masukkan teksi lapangan terbang dalam senarai kenderaan yang layak menikmati petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).
Langkah ini dijangka beri manfaat lebih luas kepada pemandu pengangkutan awam, termasuk yang beroperasi di lapangan terbang.
Sebelum ini, pada Oktober lalu, kerajaan dah naikkan had subsidi untuk pemandu e-hailing aktif daripada 300 liter kepada 600 liter sebulan sebagai langkah sementara sebelum peningkatan terbaru diumumkan hari ini.
“Setakat ini, seramai 58,000 pemandu e-hailing aktif dah layak menerima subsidi sehingga 600 liter sebulan,” jelas Anwar.
Dengan peningkatan had baharu ini, pemandu e-hailing dijangka dapat kurangkan beban kos operasi harian dan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.
















