Nama Ustaz Azhar Idrus (UAI) memang sinonim dengan gaya penyampaian yang santai tapi “sampai ke hati”. Kali ni, satu potongan videonya jadi perhatian selepas beliau menjelaskan bahawa anak juga boleh menegur ibu bapa jika mereka melakukan kesilapan, asalkan dengan cara yang sopan dan beradab.
Teruskan MembacaMenurut UAI, kedudukan mak dan ayah memang wajib dihormati, tapi itu tidak bermaksud setiap tindakan mereka sentiasa betul atau tak boleh ditegur. Ada situasi tertentu di mana anak boleh beri pandangan atau nasihat, terutama jika ia melibatkan perkara yang salah dari sudut agama.
Namun, UAI ingatkan satu perkara penting, cara tegur tu kena betul, bukan main hentam ikut emosi.
“Ada adabnya. Jangan suara kamu tinggi di hadapan ibu bapa,” katanya dalam video yang tular tersebut.
UAI juga menekankan bahawa nasihat yang baik boleh menjadi tanda sayang dan prihatin, bukan derhaka. Teguran dengan nada lembut, bahasa yang sopan, dan niat yang ikhlas adalah kunci supaya hubungan keluarga tidak jadi tegang.
Pendek kata, menegur boleh, tapi jangan biadap. Hormat tetap nombor satu walaupun kita betul.
Nasihat UAI ini disambut positif oleh ramai netizen yang bersetuju bahawa komunikasi dalam keluarga perlu lebih matang, bukan sekadar “ibu bapa sentiasa betul” atau “anak kena diam je”.
Kadang-kadang, saling tegur menegur boleh jadi sebab hubungan bertambah baik.







