Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas gambarnya tampil dalam busana pengantin mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan dia sudah berkahwin secara senyap-senyap.
Teruskan MembacaSusulan kekecohan itu, Leona tampil bersuara dan memohon maaf kepada orang ramai. Menerusi satu hantaran ringkas di Instagram Stories, dia menulis, “Maaf sebab buat prank,” sekali gus menjelaskan bahawa apa yang tular hanyalah gurauan semata-mata.
Sebelum ini, gambar dan video Leona mengenakan busana pengantin putih dalam suasana majlis bertemakan ‘garden’ membuatkan ramai netizen terkejut. Ada yang terus mengucapkan tahniah, malah ada juga yang tertanya-tanya bila pula Leona mendirikan rumah tangga tanpa sebarang khabar.
Bagaimanapun, Leona kemudian menjelaskan bahawa dia sebenarnya masih bujang dan tiada apa-apa perancangan untuk berkahwin buat masa ini. Dalam satu video di TikTok, Leona berseloroh mengatakan hidupnya hampir semuanya dikongsi di media sosial, jadi mustahil untuk dia menyembunyikan berita sebesar perkahwinan.
“Kalau benda kecil pun saya kongsi, inikan pula nak kahwin,” katanya sambil bergurau.
Reaksi netizen pula bercampur-baur. Ada yang terhibur dan menganggap prank itu sekadar hiburan, manakala segelintir lain mengaku ‘terpedaya’ dan benar-benar menyangka Leona sudah bergelar isteri orang.
Apa pun, prank tersebut nyata berjaya mencuri perhatian dan membuatkan nama Leona kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Yang penting, semuanya sudah terjawab, tiada kahwin senyap-senyap, cuma prank yang menjadi!
















