Pelakon Nad Zainal buat ramai teruja bila akhirnya mengesahkan dia kini sedang hamil anak keempat. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nad selepas ada yang mula menegur tentang bentuk perutnya.
Teruskan MembacaMenurut Nad, ada individu yang bertanya dan menegur kenapa perutnya nampak sedikit berisi. Dengan nada santai tapi penuh makna, Nad menjawab ringkas, “Saya tak buncit, saya pregnant.”
Jawapan spontan itu terus mencuri perhatian ramai. Ada yang terkejut, ada juga yang tak sangka kerana pelakon berkenaan dilihat masih aktif bekerja dan kelihatan seperti biasa.
Nad bagaimanapun dilihat tenang dan selesa berkongsi berita kehamilannya. Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar urusannya sepanjang tempoh kehamilan dipermudahkan.
Untuk rekod, Nad sememangnya dikenali sebagai seorang yang terbuka berkongsi sisi kehidupan peribadi termasuk soal keluarga. Berita kehamilan kali ini pastinya menambah lagi kebahagiaan dalam hidupnya.
Apa pun, tahniah buat Nad Zainal dan keluarga! Netizen pun dah tak sabar nak tengok journey mommy of four pula lepas ni.
















