Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini berkongsi dilema sebagai seorang ibu apabila anak sulungnya, Muhammad, menunjukkan minat serius untuk menceburi dunia lakonan. Walaupun Muhammad dah mula berlakon sejak berusia enam tahun, Diana akui dia masih belum bersedia untuk membenarkan anaknya masuk industri hiburan sepenuhnya pada usia 13 tahun.
Menurut Diana, cabaran dalam dunia hiburan yang bukan mudah menjadi salah satu faktor dia rasa berat hati. “Saya takut dia cepat terdedah kepada realiti industri ini. Sebagai ibu, saya nak pastikan dia selamat dan fokus kepada perkembangan diri serta pendidikan dahulu,” katanya.
Teruskan MembacaDiana juga mengakui perasaannya bercampur baur kerana dia mahu melindungi anaknya, tetapi pada masa sama risau jika terlalu menghalang minat Muhammad, dia akan rasa terkongkong. Ia satu dilema yang sering dihadapi ibu bapa yang mahu anak mereka berkembang tetapi tetap mahu menjaga keselamatan dan kebahagiaan mereka.
Reaksi netizen terhadap perkongsian Diana pula pelbagai. Ada yang memahami rasa ibu yang terlalu protective, manakala sebahagian lagi mencadangkan agar Muhammad diberi peluang untuk belajar dan berkembang dalam bidang lakonan, terutamanya kerana bakat seni memang ada dalam darahnya.
Bagi Diana, keputusan ini jelas datang daripada kasih sayang seorang ibu, dia mahu anaknya bersedia sepenuhnya sebelum menghadapi dunia glamor. Kadang-kadang, menjadi ibu memang membuat kita rasa protective habis-habisan.
















