DUBAI: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) umum akan tanggung kos penginapan dan makanan untuk semua pelancong yang terkandas di lapangan terbang seluruh UAE selepas ruang udara ditutup sementara.
Teruskan MembacaSituasi ini berlaku selepas semua penerbangan ke dan dari UAE dibatalkan beberapa hari, menyebabkan ribuan penumpang terpaksa extend tempoh tinggal, terutamanya di Dubai.
Menurut General Civil Aviation Authority (GCAA), kerajaan sedia penginapan sementara, makanan, dan sokongan perkhidmatan lain bagi mereka yang terjejas.
Selain itu, perkhidmatan penting tetap berjalan, sementara jadual penerbangan sedang diatur semula. Syarikat penerbangan utama seperti Emirates dan Etihad Airways, bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), telah uruskan lebih 20,000 penumpang yang terkesan sejak beberapa hari lepas.
“Penginapan sementara disediakan termasuk makanan dan minuman, serta tempahan semula penerbangan difasilitasi pihak berkuasa dan syarikat penerbangan,” menurut laporan Time Out Dubai.
Penumpang dipindahkan ke destinasi dalam negara masing-masing, sementara mereka yang transit dapat penginapan sementara ikut prosedur kawal selia yang ditetapkan.
GCAA tekankan bahawa kerjasama antara lapangan terbang dan syarikat penerbangan masih diteruskan untuk pastikan operasi kembali normal dengan selamat.
Orang ramai dinasihatkan untuk selalu semak status penerbangan melalui saluran rasmi dan hubungi syarikat penerbangan masing-masing.
















