Para peminat Dewa 19 nampaknya memang tak sabar nak jumpa kumpulan legenda Indonesia ni! Hampir semua tiket untuk konsert Dewa 19 CintaKu Tertinggal Di Malaysia dah habis dijual, cuma tinggal kategori Free Standing je lagi, katanya ada lebih kurang 7% baki.
Konsert gempak ni bakal berlangsung 6 Jun 2026 (Sabtu) jam 8 malam di Axiata Arena. Selepas tiga tahun tak muncul di Malaysia, Dewa 19 kembali untuk hiburkan peminat dengan persembahan yang dijangka penuh meriah.
Teruskan MembacaKali ni, tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Aris Lasso, Marcello Tahitoe, dan pemain dram Tyo Nugros akan turut membuat penampilan. Best lagi, Padi Reborn akan jadi artis jemputan khas, memang reunion dua gergasi muzik Indonesia dalam satu malam!
Menurut penganjur, sambutan luar biasa ni bukti pengaruh Dewa 19 masih kuat dalam kalangan peminat di Malaysia.
Harga tiket ada beberapa kategori: RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat – berdiri), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta) – siap dapat t-shirt konsert percuma. Boleh beli terus di Ticket2U.
Kali terakhir Dewa 19 buat konsert di Malaysia adalah pada 2023 dengan Dewa 19: A Night At The Orchestra Chapter 5, dan penganjur yakin kali ni sekali lagi bakal jadi fenomena!
















