Nampaknya soal cinta bukan lagi perkara yang diambil ringan oleh pempengaruh terkenal, Ameera Khan.
Menerusi perkongsian terbarunya, Ameera mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam soal hubungan selepas melalui beberapa pengalaman yang mengecewakan sebelum ini. Malah, dia juga mengakui dirinya sudah “serik” untuk memberi sepenuh hati seperti dulu.
Teruskan MembacaMenurut Ameera, setiap kali dia jatuh cinta, dia cenderung untuk memberi lebih daripada yang sepatutnya, namun perkara itu akhirnya memakan diri. Disebabkan itu, dia kini memilih untuk lebih menjaga diri dan tidak terlalu cepat percaya.
Apa yang lebih menarik perhatian, Ameera turut berkongsi bahawa bapanya tidak pernah benar-benar bersetuju dengan mana-mana lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini. Perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pandangannya terhadap hubungan.
Walaupun begitu, Ameera tidak menolak kemungkinan untuk kembali bercinta. Cuma kali ini, dia mahu lebih berhati-hati dan memastikan lelaki yang hadir benar-benar sesuai, bukan sekadar hadir untuk sementara.
Dalam masa sama, ramai peminat tampil memberi kata-kata semangat dan berharap Ameera akan menemui seseorang yang lebih baik dan menghargainya seadanya.
Nampaknya, untuk Ameera, cinta kali ini bukan lagi soal memberi segalanya… tetapi lebih kepada menjaga hati sendiri dulu.
















