Pasangan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi hasrat membawa seramai 60 orang kakitangan serta rakan niaga menunaikan ibadah umrah bersama mereka.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Shahida meluahkan rasa syukur dan memohon doa daripada orang ramai agar segala urusan perjalanan mereka ke Tanah Suci dipermudahkan. Menurutnya, rombongan tersebut dijadualkan berangkat kira-kira sebulan lagi.
Teruskan MembacaSebagai persediaan, mereka turut mengadakan kursus umrah di pejabat D’Herbs yang dihadiri oleh semua peserta terlibat. Apa yang lebih menyentuh hati, ramai dalam kalangan kakitangan bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat pertama kali.
“Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua untuk kami ke Tanah Suci. Genap sebulan lagi Mama, Papa, kami sekeluarga dan 60 orang staf serta rakan niaga akan berangkat.
“Hari ini kami semua menghadiri Kursus Umrah dekat pejabat D’Herbs. Ramai staf yang pertama kali nak pergi. Nampak sangat terpancar keseronokan pada raut wajah mereka,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap pemurah pasangan berkenaan. Ramai turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan serta dikurniakan umrah yang mabrur.
















