Syawal kali ini terasa lain buat pelakon Kamal Adli apabila dia menyambut hari raya tanpa kehadiran anaknya, Hawra Uqaira. Anak perempuan kesayangannya sedang bersama bekas isteri, Uqasha Senrose, di kampung, meninggalkan Kamal dengan rasa rindu yang tak terhingga.
Di Threads, Kamal berkongsi, “Macam mana raya semua, saya dah pishang rindu anak saya. Harap dia ingat kat saya.” Walaupun tak dapat sambut 1 Syawal bersama Hawra, Kamal sempat meluangkan masa lebih awal dengannya, memastikan ikatan tetap terjalin.
Teruskan MembacaKamal dan Uqasha berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan Hawra Uqaira pada April 2024. Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka bercerai pada Januari 2026 kerana tiada persefahaman.
Walau berbeza, Kamal tetap cuba positif, menyambut hari raya dengan kenangan manis bersama anak dan keluarga.
Kalau korang follow Kamal di media sosial, mesti nampak betapa dia sayang dan rindukan Hawra setiap masa. Semoga Kamal Adli kuat ya!
















